Kemas kini terakhir: 11/08/2026
Besty ada dua jenis bayaran. Pertama, langganan yang anda bayar kepada Besty. Kedua, pembelian yang pelanggan buat di kedai seller. Setiap satu ada polisi refund yang berbeza. Pilih tab di bawah untuk baca yang berkaitan.
Polisi ini terpakai untuk bayaran langganan yang anda buat terus kepada Besty, contohnya pelan Pro atau Elite.
Langganan Besty ialah perkhidmatan digital. Anda boleh guna sepenuhnya sebaik sahaja bayaran disahkan.
Bayaran langganan tidak dikembalikan selepas tempoh langganan bermula, termasuk kalau anda terlupa membatalkan sebelum tarikh pembaharuan.
Anda boleh batalkan langganan pada bila-bila masa. Akaun anda kekal aktif sehingga hujung tempoh yang telah dibayar dan anda tidak dicaj untuk tempoh seterusnya. Kami tidak memberi refund separa untuk baki tempoh yang belum habis diguna.
Kalau anda dicaj secara silap, atau ada masalah teknikal dari pihak kami yang menghalang anda daripada menggunakan Besty, hubungi kami dalam masa 7 hari dari tarikh caj. Kami akan siasat dan kalau terbukti salah kami, kami pulangkan bayaran berkenaan.
Nota beta: Semasa tempoh beta, langganan berbayar belum bermula dan anda tidak dicaj. Polisi ini terpakai apabila langganan berbayar dibuka.
Ada soalan tentang polisi ini? support.besty@gmail.com.