besty.my

Terma Penggunaan

Kemas kini terakhir: 24/07/2026

Terma ini mengawal penggunaan platform Besty di besty.my. Dengan mendaftar akaun atau menggunakan Besty, anda bersetuju dengan terma di bawah. Kalau anda tak bersetuju, sila jangan guna platform ini.

1. Apa itu Besty

Besty ialah platform yang membolehkan pereka (Penjual) membina storefront sendiri untuk mempamer portfolio, menjual template dan menawarkan servis design. Besty menyediakan alat sahaja. Besty bukan penjual produk dan bukan pihak dalam urus niaga antara Penjual dan Pembeli.

2. Definisi

Platform bermaksud laman web dan perkhidmatan Besty. Penjual ialah pengguna yang membina kedai dan menjual di Besty. Pembeli ialah pelanggan yang membeli daripada Penjual. Kandungan ialah apa-apa gambar, teks, produk, atau fail yang dimuat naik ke Platform.

3. Akaun anda

Anda mesti beri maklumat yang benar semasa mendaftar. Anda bertanggungjawab menjaga keselamatan akaun dan kata laluan anda dan atas semua aktiviti dalam akaun anda. Beritahu kami segera kalau anda syak akaun anda diceroboh.

4. Peranan Besty dalam bayaran

Besty tidak memegang wang sesiapa. Setiap Penjual menyambung akaun Bayarcash sendiri untuk menerima bayaran terus daripada Pembeli. Bayaran, bayaran balik dan pertikaian transaksi adalah antara Penjual dan Pembeli. Besty tidak bertanggungjawab atas transaksi tersebut dan tidak menjamin apa-apa jualan.

5. Tanggungjawab Penjual

Sebagai Penjual, anda bertanggungjawab sepenuhnya atas produk anda. Anda menjamin bahawa anda memiliki atau mempunyai hak ke atas semua kandungan yang anda jual dan ia tidak melanggar hak cipta atau hak pihak lain. Anda bertanggungjawab menyediakan produk kepada Pembeli, melayani pelanggan, menetapkan dan mematuhi polisi bayaran balik kedai anda sendiri, serta mematuhi undang-undang termasuk kewajipan cukai anda.

6. Tanggungjawab Pembeli

Sebagai Pembeli, anda bertanggungjawab memberi maklumat yang betul semasa checkout termasuk email yang sah, kerana link produk dihantar ke email tersebut. Kebanyakan produk di Besty ialah produk digital. Sila semak polisi bayaran balik kedai sebelum membeli.

7. Produk digital dan penghantaran

Produk digital seperti template biasanya dihantar sebagai pautan atau fail selepas bayaran disahkan. Oleh sebab sifat produk digital, produk mungkin tidak boleh dipulangkan melainkan dinyatakan sebaliknya oleh Penjual. Sebarang isu produk hendaklah diselesaikan terus dengan Penjual.

8. Kandungan yang dilarang

Anda tidak boleh menggunakan Besty untuk menjual atau memuat naik kandungan yang menyalahi undang-undang, melanggar hak cipta, menipu, lucah, atau memudaratkan. Kami berhak mengeluarkan kandungan sebegini tanpa notis.

9. Penggantungan dan penamatan

Kami boleh menggantung atau menamatkan akaun yang melanggar terma ini, menyalahguna Platform, atau membahayakan pengguna lain. Anda juga boleh berhenti menggunakan Besty dan menutup akaun anda pada bila-bila masa.

10. Had liabiliti

Besty disediakan atas dasar sedia ada. Setakat yang dibenarkan undang-undang, Besty tidak bertanggungjawab atas apa-apa kerugian yang timbul daripada penggunaan Platform, urus niaga antara Penjual dan Pembeli, atau gangguan perkhidmatan pihak ketiga seperti gerbang pembayaran atau pengehosan.

11. Perubahan terma

Kami mungkin mengemas kini terma ini dari semasa ke semasa. Perubahan penting akan dimaklumkan melalui Platform atau email. Penggunaan berterusan selepas perubahan bermakna anda menerima terma yang dikemas kini.

12. Undang-undang

Terma ini tertakluk kepada undang-undang Malaysia.

13. Hubungi kami

Sebarang pertanyaan tentang terma ini boleh dihantar ke support.besty@gmail.com.