besty.my

Polisi Privasi

Kemas kini terakhir: 24/07/2026

Polisi ini menerangkan maklumat yang kami kumpul apabila anda menggunakan Besty, cara kami menggunakannya dan hak anda ke atasnya. Kami mengendalikan data mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA) Malaysia.

1. Maklumat yang kami kumpul

Kami mengumpul maklumat berikut:

Kami tidak menyimpan butiran kad atau maklumat perbankan anda. Bayaran dikendalikan terus oleh gerbang pembayaran Bayarcash.

2. Cara kami guna maklumat

Kami guna maklumat untuk menyediakan dan menyelenggara Platform, memproses pesanan, menghantar resit dan notifikasi berkaitan, menyokong pengguna, serta menambah baik perkhidmatan. Kami tidak menjual data peribadi anda.

3. Perkongsian dengan pihak ketiga

Kami berkongsi data dengan pembekal perkhidmatan yang membantu kami menjalankan Platform, setakat yang perlu sahaja:

Pembekal ini hanya memproses data bagi pihak kami. Kami juga boleh mendedahkan data jika dikehendaki oleh undang-undang.

4. Cookies dan storan pelayar

Kami guna cookies dan storan pelayar untuk fungsi asas seperti mengekalkan sesi log masuk dan menyimpan troli belian anda. Ia bukan untuk pengiklanan.

5. Keselamatan data

Kami mengambil langkah munasabah untuk melindungi data anda, termasuk menyulitkan maklumat sensitif. Walau bagaimanapun, tiada sistem yang 100% selamat dan kami tak boleh menjamin keselamatan mutlak.

6. Hak anda

Di bawah PDPA, anda berhak mengakses, membetulkan, atau meminta pemadaman data peribadi anda, serta menghadkan pemprosesannya. Untuk membuat permintaan sebegini, hubungi kami di alamat di bawah.

7. Pengekalan data

Kami menyimpan data selagi akaun anda aktif atau selagi perlu untuk menyediakan perkhidmatan dan memenuhi kewajipan undang-undang seperti rekod transaksi. Apabila tak diperlukan lagi, data akan dipadam atau dilupuskan dengan selamat.

8. Perubahan polisi

Kami mungkin mengemas kini polisi ini dari semasa ke semasa. Perubahan penting akan dimaklumkan melalui Platform atau email.

9. Hubungi kami

Sebarang pertanyaan atau permintaan berkaitan data peribadi anda boleh dihantar ke support.besty@gmail.com.