Sejak kecil, Naura Izzara menyimpan perasaan terhadap seorang lelaki yang sentiasa melindungi dan menemaninya, Luth Zafran. Walaupun Luth berpindah ke bandar, perasaan Izzara tidak pernah berubah malah semakin kuat bersama kenangan lama yang tidak pernah pudar. “Abang Luth, betul ke ibu bagitahu abang akan pindah ke bandar?” -Naura Izzara- “Terima kasih bagi hadiah ni. Abang akan sentiasa ingat Naura Izzara sampai bila-bila. Jaga diri, dan kalau ada rezeki, kita jumpa lagi.” -Luth Zafran- Bertahun berlalu, Izzara masih setia menunggu lelaki itu. Dia menolak semua lamaran yang datang tanpa mengetahui salah satu daripadanya adalah daripada Luth sendiri. “Betul ke yang tadi datang meminang tu keluarga Abang Luth?” -Naura Izzara- “Ya, tapi ibu dah tolak pinangan tu…” -Puan Azura- Menyesal dengan keputusan terburu-buru, Izzara nekad mencari Luth semula dan meminta peluang kedua. “Boleh tak kalau Abang Luth masuk pinangan Izzara sekali lagi?” -Naura Izzara- “Hari tu bukan main tolak, sekarang nak minta saya masuk meminang semula? Saya pun ada maruah, Naura Izzara.” -Luth Zafran- “Tapi masa tu Izzara tak tahu yang pinangan itu dari Abang Luth.” -Naura Izzara- “Tapi sekarang saya dah ada pilihan lain.” -Luth Zafran- Walaupun ditolak, Izzara tidak pernah berputus asa. Dia sanggup melakukan apa sahaja untuk memikat kembali hati lelaki yang dicintainya sejak kecil. “Mee goreng dan air kopi. Izzara buat khas untuk Abang Luth.” -Naura Izzara- “Ambillah bunga ini, Izzara gubah sendiri. Tanda Izzara minta maaf pada Abang Luth.” -Naura Izzara- Sehinggalah Izzara membuat keputusan paling berani dalam hidupnya. “Izzara nak masuk meminang Abang Luth.” -Naura Izzara- Namun, Luth tidak memberi sebarang jawapan. Tanpa menunggu lebih lama, Izzara pergi ke tempat kerja Luth untuk mendapatkan kepastian, tetapi sesuatu yang dilihatnya membuatkan hatinya hancur. “Sekarang baru Izzara faham kenapa Abang Luth bagi alasan macam-macam pada Izzara. Andai ini pilihan Abang Luth… Izzara hormat pilihan Abang Luth.” -Naura Izzara- Adakah Izzara benar-benar kehilangan cinta pertamanya? Atau semuanya hanyalah salah faham yang belum terungkai? Nantikan kesudahan kisah mereka dalam karya ini.