Nur Aina Elyana memiliki perniagaan sendiri. Hidupnya hanya sibuk dengan kerja. Asyraf Hakimi pula tidak kurang bezanya dengan Aina. Hidupnya juga hanya tertumpu pada syarikat perumahan milik papanya. “Eh, waktu belajar dulu seni aku lulus lah.” -ASYRAF “Kalau macam tu, tunjuklah kesenian encik tu. Ada pula pergi letak cheese tart ni belakang kotak dadih. Ingat budak-budak kecil tu nampak ka?” -AINA “Aku nampak ja…” -ASYRAF “Encik tu tinggi macam mana, budak-budak kecil ni tinggi macam mana pula? Memang jenis fikir diri sendiri ja ka?” -AINA Siapa sangka, pertemuan pertama mereka berakhir dengan sebuah perjodohan yang diatur oleh keluarga. “Saya tak nak kahwin lah!” -AINA “Habis tu, ingat aku nak kahwin dengan kau? Sekarang ni kita kena bersatu untuk bantah rancangan ni. Aku belum bersedia lah nak kahwin.” -ASYRAF “Okay, bawa calon suami dan isteri masing-masing.” -PUAN NURUL “Tapi kitorang tak kenal. Macam mana nak hidup sama-sama? Tanggungjawab seorang suami ni besar, mama. Asy tak berani.” -ASYRAF “Jadi korang bawalah orang yang korang kenal. Dan orang yang boleh buat korang yakin pegang peranan sebagai suami isteri.” -PUAN JASLINA Asyraf dan Aina ibarat api bertemu api. Kedua-duanya sama-sama lantang bersuara dan berkeras dengan pendirian masing-masing. “Kau ni memang tak sayang nyawa ka? Bawa kereta macam bawa helikopter, terbang daun-daun tepi jalan tu.” -ASYRAF “Encik yang bawa kereta macam siput. Kereta ja mahal tapi bawa macam siput. Ni kalau sesak nafas memang meninggal dulu orang dalam kereta encik tu.” -AINA “Cuba kau sesak nafas dulu, kita tengok meninggal ka masih bernyawa.” -ASYRAF Pelbagai cara mereka lakukan untuk menggagalkan rancangan tersebut. “Saya ni betul-betul tak ada calon untuk jadi suami saya. Sekarang ni encik ja harapan kita. Encik cubalah berkenalan dengan Raisa dulu.” -AINA “Ala, aku lambat sebab pujuk papa untuk lambatkan majlis perkahwinan ni, tapi papa macam team mama saja. Aku pun give up nak pujuk papa.” -ASYRAF “Apa kata salah seorang antara kita berdua lari ke luar negara?” -AINA Sehinggalah satu kejadian berlaku dan membuatkan Asyraf serta Aina bersetuju untuk berkahwin. “Mulai saat ni, mummy tak akan masuk campur lagi dalam hidup kamu. Terpulanglah pada kamu, Aina. Kamu nak buat apa pun selepas ni, jangan nak tanya pendapat mummy.” -PUAN NURUL “Mama pun, selepas ni mama tak akan paksa Asyraf untuk berkahwin lagi. Biarlah keinginan mama ni terkubur dalam diri mama.” -PUAN JASLINA Namun, kehidupan rumah tangga mereka tidak seperti pasangan lain. “Kau jangan sampai aku guna kuasa seorang suami tau. Naik sekarang. Aku tak akan buat apa-apa lah dekat kau.” -ASYRAF “Bukti?” -AINA “Kau bukan taste aku. Naik sekarang!” -ASYRAF “Aku nak basuh baju tak sampai sepuluh helai. Bagilah aku dulu.” -ASYRAF “Sepatutnya biar yang banyak basuh dulu, yang sikit tunggu kemudian.” -AINA Mereka lebih banyak menimbulkan hal daripada membina persefahaman. Akhirnya, keluarga mereka sekali lagi masuk campur. “Kitorang minta maaf, tapi bagi masa untuk kitorang cuba perlahan-lahan. Asyraf tak nak paksa Aina, dan Asyraf pun tak nak cintakan Aina sebab terpaksa.” -ASYRAF “Macam mana nak cuba, kalau masing-masing tak nak cuba? Macam ni, bagi kitorang satu lagi peluang untuk satukan korang.” -PUAN JASLINA Akhirnya, mereka bersetuju dengan permintaan keluarga untuk pulang ke kampung. “Tokwan namakan perbincangan ini, Mission Pengantin On The Spot.” -HAJI HAMID Asyraf dan Aina mengikuti rancangan Mission Pengantin On The Spot yang dirancang oleh keluarga. Adakah misi itu berjaya menyatukan hati mereka, atau mereka tetap berkeras dengan pendirian masing-masing? Mampukah cinta hadir selepas bergelar suami isteri?