Naimah Syakira, gadis lemah lembut terpaksa melepaskan cintanya kerana halangan ibu kekasihnya. "Aku tak nak minah kilang tu jadi menantu aku." – Mak Tijah Akibat fitnah, dia dihalau oleh keluarga sendiri. "Mulai hari ini jangan kau jejakkan kaki kau kat kampung ni lagi. Satu demi satu kau malukan aku. Lepas ni aku tak tahu lagi apa yang kau nak buat. Daripada aku tanggung malu, baik kau berambus dari sini." – Mak Siah Kemudian, Naimah dijodohkan atas pilihan keluarga. "Imah, abang takkan paksa Imah untuk terima abang sekarang. Abang faham dan hormat perasaan Imah." – Khairul Azim Keikhlasan Azim akhirnya membahagiakan Naimah di samping suami dan dua putera mereka. Namun kebahagiaan itu tergugat dengan kemunculan bekas kekasih Azim. "Awak Alisa ke?"– Naimah Syakira "Masih kuat ingatan Imah. Sekarang dia isteri abang yang sah. Dia madu Imah." – Khairul Azim Deritanya bertambah apabila dia disahkan menghidap kanser. "Puan, hasil ujian yang telah puan lalui, puan disahkan hidap kanser." Dunianya terasa gelap. Dia memilih merahsiakannya, tanpa sedar dijaga penuh kasih oleh mertuanya. "Mulai hari ini anggap kami seperti keluarga sendiri. Panggil pak cik ayah dan mak cik ni mak." – Haji Hohsin Mampukah Naimah melawan penyakitnya? Adakah suaminya akan setia di sisinya? Masih adakah sinar bahagia buatnya?