Tasneem Raisa, seorang gadis berusia 25 tahun. Bersikap ceria, auranya positif dalam segala hal ,mudah bergaul dengan sesiapa sahaja yang baru dikenalinya dan sedikit nakal manja bila bersama ibunya. “Doa supaya kakak cepat dapat jodoh tak ada?” -Tasneem Raisa- “Eh… eh… kamu ni… yang itu nanti ibu doakan. Tapi bukan doakan untuk kamu. Ibu nak doa siapa yang jadi suami kamu nanti boleh bertahan dengan perangai kamu tu. Ibu nak doa dia diberikan ketabahan dalam harungi rumah tangga bersama kamu nanti. Ibu risau anak orang tu lari.” -Puan Sakinah- “Amboi ibu… teruk sangat ke perangai Raisa sampai ibu risaukan menantu lebih daripada anak sendiri ni?” -Tasneem Raisa- Bertemu dengan seorang lelaki tanpa sengaja di sebuah kafe buatkan hidupnya berubah 360 darjah. Dia bertekad mahu menambat hati seorang duda beku yang hot 🔥 baginya. “Saya tak tahu awak datang dari planet mana, tapi awak betul-betul buat hidup saya…” -Zafran Hadi- “Menarik?” -Tasneem Raisa- “Menyusahkan!” -Zafran Hadi- Dia mengambil peluang mohon pekerjaan di syarikat Zafran Hadi memandangkan syarikat lelaki tersebut perlukan pekerja. Sejak hari pertama temu duga, Raisa sudah terpikat. Mana taknya, Zafran bukan sahaja kacak, aura dia juga lain macam. Tapi lelaki itu pula langsung tak bagi peluang. Muka ketat. Nada suara macam batu ais. Senyum jarang. Duda beku tahap alpine. “Dari senyum sinis awak tadi saya akan ubah jadi senyum manja. Dan semestinya untuk saya seorang je.” -Tasneem Raisa- Selepas diterima bekerja sebagai pembantu projek, Raisa mula misi tidak rasmi: Pikat Hati Duda Beku. “Encik nak air? Saya boleh buatkan.” -Tasneem Raisa- “Tak perlu. Saya nak balik dah.” -Zafran Hadi- “Sebab encik nak balik lah saya tawarkan air. Lepas minum nanti encik basuh cawan sendiri, lepas tu terus boleh balik.” -Tasneem Raisa- “Boleh. Saya nak kopi… kurang manis.” -Zafran Hadi- “Sebab manis tu dah ada pada saya, kan?” -Tasneem Raisa- Hati Zafran pula makin tak stabil. Dia sedar Raisa ceria, sopan dan sangat baik. Namun, dia takut untuk jatuh cinta lagi. Dia takut jika dikecewakan dan paling dia takuti adalah gagal sebagai suami sekali lagi. Dalam masa yang sama, muncul pula Hanim, adik kepada kawan baik Zafran. Hanim juga sudah lama menyimpan hati pada sahabat karib abangnya. Kemunculan Raisa buatkan Hanim terasa tercabar dan dia mula mencari peluang untuk rapat kembali dengan duda beku itu. Antara dua wanita yang berbeza sisi. Raisa yang ceria, jujur dan sentiasa mewarnai dirinya. Hanim pula lebih matang, berpenampilan elegan dan agak tak terduga tindakannya. Zafran mula keliru. Persoalannya, beranikah Zafran buka pintu hati yang lama tertutup? Dan adakah Raisa berjaya miliki duda beku yang dia kejar sejak hari pertama?