Bagi Nayla Maisarah, dunia universiti cuma tempat menuntut ilmu. Fokusnya hanya satu, tamatkan Ijazah Sarjana Muda Multimedia secepat mungkin dan buktikan pada keluarga yang dia mampu berikan kejayaan memandangkan dia adalah anak tunggal harapan keluarga. Namun, segalanya menjadi huru-hara apabila pensyarah ganti masuk dalam hidupnya dan mungkin akan terus menetap dalam hatinya! “Saya Luqman Firdaus, pensyarah sementara untuk semester kali ini yang sudah hampir sampai ke titik penamat. Saya akan menggantikan Puan Mustika yang sedang cuti bersalin.” - Luqman Firdaus. Adegan-adegan comel yang terjadi rupanya menjadi titik cinta yang tidak mereka sangka. "Ingat saya ni nak mengorat Sir ka apa... Langgaq dua kali sebagai taktik?" -Nayla Maisarah- "Mana la tahu, kan? Kadang-kadang student suka cari perhatian pensyarah..." -Luqman Firdaus- "Saya tak macam tu, Sir... Saya tak sengaja. Sumpah!" -Nayla Maisarah- "Saya harap lepas ni awak lebih berhati-hati... Jangan sampai jatuh ke hati." -Luqman Firdaus- Walaupun rupa pensyarah part time itu penuh aura, tetapi bagi Nayla lelaki itu terlalu serius, terlalu ustaz! ‘Style macam ustaz ja… boring.’ - Nayla Maisarah Sebaliknya,siapa sangka Encik Luqman sebenarnya calon suami ‘full-time’ yang ditakdirkan untuknya, siap ada lesen mak dan adik lagi! Puan Salmah,ibu kepada Nayla berpakat dengan Fatihah,adik Luqman untuk menjodohkan mereka? Gila ka apa? Jadi? Apakah kesudahan antara Nayla Maisarah dan Luqman Firdaus? Adakah pensyarah ganti yang dianggap sempurna oleh semua orang mampu bahagiakan Nayla ? Benarkan ada rahsia yang disembunyikan? Semua akan terungkap dalam, EBOOK PENSYARAH PART TIME CALON SUAMI FULL TIME