Neraka Buat Syurgamu

Sejak bergelar ibu tunggal, hidup Nek Som tidak pernah lari daripada tanggungjawab dan pengorbanan. Dengan empat orang anak yang semuanya sudah berkahwin, Nek Som menyangka tugasnya sebagai ibu semakin ringan. Namun, di sebalik kehidupan masing-masing, ada perkara yang perlahan-lahan menguji hubungan mereka sekeluarga. "Encik Akef, Puan Zara anda berdua ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952. Sila ikut kami ke balai." Selepas beberapa jam, Zara dibebaskan tetapi Akef tidak. Dalam keadaan panik, Zara menghubungi Kak Safiah. “Akef...Akef ..kena tahan polis." -Zara "Ya Allah...kes dadah?Apa dia buat ni, kenapa kena terlibat dengan benda ni semua?" -Kak Safiah Di kampung, Nek Som setia menanti panggilan daripada anak bongsunya, tanpa mengetahui hakikat sebenar yang sedang berlaku. "Akef ni tak telefon sampai sekarang. Kalau ya pun nak beraya kat rumah Zara, datanglah sekejap malam tadi. Bukannya jauh sangat..."-Nek Som Kak Safiah akhirnya memberitahu perkara sebenar. "Mak adik...adik kena tangkap. Polis tahan dia. Itu yang mak telefon dia tak dapat, polis pegang telefon dia." -Kak Safiah Nek Som sukar menerima dan tetap mempertahankan anaknya. "Ya Allah, nenek tak faham lah dadah apa pulak ni? Tak kan Pak Uda kau nak jual dadah pula? Ini tentu ada kawan-kawan dia yang tumpang kereta dia, lepas tu diorang tak mengaku sebab tu Pak Uda kau terlibat sekali." -Nek Som Sejak itu, sikap Nek Som mula berubah. Difikirannya hanyalah Akef dan semakin sensitif hingga anak, menantu serta cucu berasa serba salah. "Kalau mak tahu dari awal, tak adanya mak nak masak semua ni. Mak bukannya kuat sangat. Ibu jari mak ni bengkak tak tahu kenapa, tapi mak masak juga." -Nek Som "Kalau ada Pak Uda korang...."- Nek Som "Langsung diorang tak ingat Pak Udanya, tu yang sorang tu bukan diingatnya Akef kat dalam. Suami disana entah macam mana, boleh pulak dia bergelak tawa." Di sebalik jeriji besi, Akef masih memberi harapan kepada ibunya. “Mak, Akef tak tahu sampai bila Akef dekat sini tapi Akef masih ada peluang untuk bebas." -Akef "Haa…tiga belas ribu ringgit?" -Nek Som Walaupun jumlahnya besar, Nek Som tetap berusaha dengan apa cara sekalipun demi menjamin Akef, meskipun dirinya terseksa. "Motosikal dia tu berapa ratus pula sebulan? Banyaknya duit mak, ikat jamin hari tu dah sembilan ribu, deposit moto dah dua ribu, peguam empat ribu. Dah lima belas ribu ringgit, itu tak termasuk belanja hangus yang lain. Busuk-busuk pun mau dekat dia puluh ribu dah. Banyaknya duit mak…tak sangka."- Kak Safiah Anak-anak lain mula bersuara kerana kasihan padanya, namun Nek Som tetap memihak kepada Akef. Selepas beberapa bulan pulang, Akef sekali lagi disyaki terlibat apabila polis datang ke rumah dan menahannya di dalam rumah itu. "Maaf mengganggu makcik, kami anggota polis. Makcik, Encik Akef disyaki memiliki dadah. Rakan saya sedang membuat pemeriksaan di biliknya, sekarang kami perlu periksa bilik makcik juga. Kami minta izin makcik ya." Akef sekali lagi ditahan dan kali ini di depan mata ibunya. "Kalau nak bawa juga anak makcik, bawa makcik sekali. Kurung aje makcik dengan dia. Tolonglah…" -Nek Som Namun kali ini dia tidak ditahan lama seperti sebelum ini. "Kan mak dah cakap Akef tu tak salah, tengok dah bebas pun."- Nek Som Masalah masih belum berakhir. Kali ini Abang Haris orang pertama yang dapat tahu. "Akef…Akef kena tahan lagi."-Abang Haris Kes lama belum selesai, kes baru pula muncul. Kak Safiah, Kak Maziah dan Abang Haris semakin buntu. Persoalannya, sampai bila Nek Som akan terus mempertahankan Akef? Dan adakah Akef akan berubah, atau terus hanyut dalam kesilapan yang sama?

Senarai Ebook lain

Mission Pengantin On The SpotMejar Haidar: Pengantin Bidan TerjunPelangi Yang Tidak KucariHadirmu Sembuhkan Deritaku