Nadia Zulaikha: Pendam Seorang Isteri

Nadia Zulaikha dan Zaim Harith pernah hidup bahagia seperti pasangan lain. Namun segalanya berubah selepas Zaim berjaya membuka sebuah kafe. Kejayaan yang sepatutnya membawa kebahagiaan perlahan-lahan merenggangkan hubungan mereka. Semua mimpi indah itu bertukar sepi dalam hidup Nadia. “Abang makan dulu, nanti-nanti lah urus hal dalam telefon yang tak pernah habis tu. Dah sejuk tak sedap pula nasi goreng kampung ni.” Nadia Zulaikha “Nad letak ja situ.” - Zaim Harith “Kenapa papa tak makan dengan kita? Nanti mama yang hantarkan Naura pergi school? Kenapa bukan papa yang hantar? Mama kan kena jaga adik dekat rumah?” - Naura “Papa sibuk, sayang.” -Nadia Zulaikha Jika dahulu Zaim sentiasa ada menemani Nadia berbual dan berkongsi cerita, kini lelaki itu lebih banyak menghadap telefon dan kerja yang tidak pernah habis. Rumah tangga yang dulu penuh gelak tawa semakin dipenuhi sepi. “Saya rindu kita yang dulu..”- Nadia Zulaikha “Kita penat. Komitmen kita dah tak macam dulu. Kita ada rumah yang perlu dibayar, ada kereta dua biji yang masih berhutang.” - Zaim Harith “Tapi penat bukan alasan untuk hilang rasa. Lebih baik kita hidup dalam serba sederhana macam dulu berbanding sekarang.” -Nadia Zulaikha Nadia cuba memahami kesibukan suaminya. Namun makin lama hatinya makin kosong. Baginya, penat bukan alasan untuk hilangnya rasa sayang dan perhatian. Dia rindu suaminya yang dahulu tetapi dia tidak mampu berbuat apa-apa kerana setiap kali dia mahu meluahkan pasti Zaim punya seribu satu alasan untuk mengelak. Dia berusaha mengajak Zaim berbual namun yang dia dapat hanyalah keluhan Zaim. “Boleh tak kita borak sikit?” -Nadia Zulaikha “Abang penat, Nad. Dari pagi sampai malam kerja. Balik pun nak rehat je.” -Zaim Harith “Nad...kalau tak ada benda penting boleh tak kita rehat je?” - Zaim Harith “Borak dengan Nad tak penting ke, abang?” -Nadia Zulaikha Dalam kesunyian itu, hanya anak-anak menjadi penawar luka di hati Nadia. “Mama, kalau kita buat puzzle banyak-banyak nanti kita happy lama-lama kan?” - Naura “Ya... kita happy.”- Nadia Zulaikha “Mama papa pun happy kan?” - Naura Pertanyaan polos itu membuat Nadia tersedar, rumah tangga mereka bukan hanya tentang dirinya dan Zaim lagi. Adakah Nadia Zulaikha akan berputus asa dan memilih untuk membawa haluan sendiri atau memilih untuk bertahan dalam perkahwinan yang sudah 7 tahun terbina demi anak-anak sedangkan hatinya makin lama makin kosong dan sepi?

Senarai Ebook lain

Mission Pengantin On The SpotMejar Haidar: Pengantin Bidan TerjunPelangi Yang Tidak KucariHadirmu Sembuhkan Deritaku