Bila Abang Bomba Jatuh Cinta

Tuan Khalid dan Puan Fida merupakan sahabat karib kepada Tuan Roslan dan Puan Mila sejak bertahun-tahun lamanya. Persahabatan itu membuatkan mereka bukan sekadar rapat sebagai sahabat, malah sudah menganggap keluarga masing-masing seperti keluarga sendiri. Sebelum berpisah kerana Tuan Khalid dan Puan Fida berpindah ke Kedah atas urusan pekerjaan sebagai guru, kedua-dua keluarga pernah menyimpan satu impian, menyatukan anak-anak mereka. Masa berlalu dengan pantas. Kini, selepas bersara, Tuan Khalid dan Puan Fida kembali menetap di Kuala Lumpur. Pertemuan semula dua keluarga itu menghidupkan kembali rancangan lama yang pernah mereka impikan. “Kalau semua setuju, kita teruskan saja.” - Tuan Roslan “Tak lama lagi berbesanlah kita, Mila.” - Puan Fida “Impian kita dari budak-budak tu kecil bakal jadi nyata. InsyaAllah.” - Puan Mila Zayn Fakhri, berusia 35 tahun, pada awalnya hanya mendengar rancangan ibu bapanya dengan tenang. Tetapi semuanya berubah apabila dia mengetahui siapakah gadis yang bakal menjadi calon isterinya. Qisya Amani. Gadis yang pernah didukungnya ketika dia baru berusia sembilan tahun. Wajah kecil yang pernah berada dalam pelukannya dahulu kini sudah menjadi seorang wanita dewasa berusia 26 tahun. Qisya langsung tidak mengingati kenangan kecil itu kerana ketika itu dia masih bayi. Tanpa dipaksa, Fakhri membuat keputusan sendiri. Dia mahu mengenali Qisya Amani lebih dalam. Bukan sekadar kerana rancangan keluarga, tetapi kerana dia sendiri mahu cuba mengetuk pintu hati gadis itu. “Hebatnya awak boleh ingat saya. Maknanya saya ni special di hati awaklah, kan?”- Zayn Fakhri “Pakcik jual sayur yang naik moto kapcai dekat taman saya tu pun saya ingat. Special ke pakcik tu pada saya?”- Qisya Amani “Pakcik tu lain cerita. Dia jual sayur, saya ni bawa cinta sejati untuk awak. Mana sama.”-Zayn Fakhri Zayn Fakhri tetap mengusik Qisya dengan ayat-ayat manis, namun wanita itu pura-pura tidak suka walaupun senyuman tetap tersungging di bibirnya. “Jangan lupa makan tengah hari. Bakal isteri abang kena jaga kesihatan.”- Zayn Fakhri “Jangan panggil saya bakal isteri!”- Qisya Amani “Baik, sayang.”- Zayn Fakhri “Saya benci awak.”- Qisya Amani “Tak apa. Benci dulu nanti baru sayang.”- Zayn Fakhri “Kenapa aku senyum pula ni?” Qisya cuba buat reaksi serius namun bibir tidak mahu berhenti senyum. Qisya langsung tidak mengetahui tentang perjodohan dua keluarga ini sehinggalah satu hari, Qisya mengetahui bahawa segala-galanya sudah dirancang oleh kedua-dua keluarga. Rasa tertipu menguasai hati. “Ap… apa maksud semua ni?”- Qisya Amani “Awak masih tak faham?”-Zayn Fakhri “Tak. Kejap, awak dah tahu soal ni?”-Qisya Amani “Abang tahu semua ni bukan hari ni. Tapi dari awal sejak rancangan ni diusulkan.”-Zayn Fakhri “Kenapa semua orang tahu kecuali Qisya? Ini lah kononnya kenduri tu? Patutlah sunyi je, tak ada pun pacak khemah. Awak ni bukan setakat miang tapi penipu besar. Sanggup berlakon tak tahu apa-apa sedangkan segala plan pun awak terlibat.” - Qisya Amani “Abang tak pernah berniat nak tipu awak sampai awak terluka.”- Zayn Fakhri “Tapi awak tetap tipu.”- Qisya Amani Dia mula menjauh dan merajuk. Baginya, semua perhatian Fakhri selama ini hanyalah kerana lelaki itu sudah mengetahui rancangan perjodohan mereka. “Jadi selama ni awak memang sengaja?”- Qisya Amani “Sengaja apa?”-Zayn Fakhri “Selama ni awak sengaja mengusik saya sebab awak dah tahu?”- Qisya Amani “Tak. Abang mengusik sebab abang suka tengok awak marah.”-Zayn Fakhri Qisya menyangka Fakhri sekadar mempermainkan perasaannya. Sedangkan Fakhri benar-benar mahu mendapatkan hatinya. “Abang nak awak kenal abang sampai awak rasa tak lengkap hidup tu kalau abang tak ada.”- Zayn Fakhri “Tak ingin.”- Qisya Amani “Kenapa? Awak belum beri abang peluang.”-Zayn Fakhri Bagi Fakhri, rancangan keluarga mungkin menjadi titik permulaan. Tetapi perasaan yang tumbuh dalam dirinya terhadap Qisya adalah pilihan hatinya sendiri. Mampukah Fakhri meyakinkan Qisya bahawa dia tidak pernah menganggap wanita itu sekadar calon isteri pilihan keluarga? Dan mampukah Qisya menerima hakikat bahawa lelaki yang pada awalnya membuatkan dia rasa tertipu itu sebenarnya lelaki yang perlahan-lahan telah membuat hatinya selesa? Kerana kadangkala, jodoh yang dirancang oleh keluarga tidak semestinya memaksa hati untuk mencintai. Ada masanya, ia cuma membuka jalan untuk dua hati yang sememangnya ditakdirkan bertemu.

Senarai Ebook lain

Mission Pengantin On The SpotMejar Haidar: Pengantin Bidan TerjunPelangi Yang Tidak KucariHadirmu Sembuhkan Deritaku