Mengemudi Badai

Perkahwinan tanpa cinta, itulah permulaan hidup Aileen Imani bersama Zayyan Fikri. “Kahwin dengan lelaki yang I tak kenal? Senang-senang je kan daddy buat keputusan untuk hidup I?” -Aileen Imani- “Daddy takkan sakiti atau seksa anak daranya sendiri, Aileen.” -Puan Seroja- “You pun sama kan, mummy? Berpakat nak hancurkan hidup I!” -Aileen Imani- Pada awalnya, hati Aileen kering tanpa rasa. Cinta bukan lagi sesuatu yang dia percaya setelah dikecewakan masa lalu. "You nak apa datang sini?" -Aileen Imani- "Aileen... saya ada bawa spaghetti bolognese kegemaran awak. Jom makan, nanti gastrik pula." -Zayyan Fikri- "I nak gastrik ke, nak mati sebab sakit perut ke... tu urusan I. You tak payah nak masuk campur." -Aileen Imani- Namun, kesabaran seorang suami yang penuh dengan kelembutan membuatkan tembok yang dibina Aileen mula runtuh sedikit demi sedikit. “Awak nak makan? Saya hidangkan ya? Kita makan sama-sama. Atau… kita solat maghrib dulu?” -Zayyan Fikri- “Awak… Air suam dengan tuala saya letak dekat sini, ya. Jangan lama-lama sangat dalam tu, nanti awak demam. Malam ni saya tidur dekat sofa luar, saya takkan ganggu awak.” -Zayyan Fikri- Doktor Zayyan Fikri, seorang lelaki yang tenang, penuh kasih dan sentiasa menutup kelemahan isterinya dengan kebaikan, tidak pernah jemu membimbing Aileen. Setiap senyuman, setiap doa, setiap sentuhan penuh makna akhirnya melembutkan hati si isteri. “Aku bukan benci kau, Fikri… Aku benci diri aku sendiri. Aku benci sebab aku tak mampu mencintai kau. Aku benci sebab aku kahwin dengan kau tanpa cinta. Aku nak buktikan pada semua orang yang aku tak perlukan kau, dan aku boleh hidup tanpa cinta.” -Aileen Imani- Dia kini sedar, di sebalik keangkuhan dan egonya, dia sebenarnya takut. Takut kehilangan sosok seorang suami yang baik. Namun, rumah tangga mana yang tidak diuji? Ada saatnya ego, salah faham, dan campur tangan orang luar hampir menggoncang kebahagiaan mereka. “Kenapa awak tipu saya, Leen? Awak cakap kawan perempuan, tapi jelas di depan mata saya, itu lelaki. Awak tahu tak macam mana saya rasa bila nampak gambar tu?” -Zayyan Fikri- “Aileen… kalau ini permainan awak, percayalah… kali ini saya takkan jadi boneka lagi. Saya akan biar awak cari sendiri apa ertinya saya dalam hidup awak.” -Zayyan Fikri- Adakah akhirnya Aileen akan benar-benar menjadi milik cinta Zayyan Fikri, atau adakah perkahwinan mereka sekadar ikatan di atas kertas?

Senarai Ebook lain

Mission Pengantin On The SpotMejar Haidar: Pengantin Bidan TerjunPelangi Yang Tidak KucariHadirmu Sembuhkan Deritaku