Mejar Haidar: Pengantin Bidan Terjun

Pertemuan Aulia Medina dan Izz Haidar bermula dengan sebuah salah faham. Aulia menyangka Haidar sudah pun berkahwin apabila lelaki itu datang ke farmasi tempatnya bekerja untuk membeli alat ujian kehamilan. “Saya nak beli pregnancy test.” - Izz Haidar “Pregnancy test?” - Aulia Medina “Ya. Ada tak? Yang paling mahal.” - Izz Haidar “Paling mahal?” - Aulia Medina “Kalau boleh saya nak yang paling tepat.” -Izz Haidar Sejak hari itu, dia percaya Haidar ialah suami orang dan tidak pernah terlintas untuk mengenali lelaki tersebut dengan lebih dekat. Namun, takdir mempunyai perancangannya sendiri. Pada hari pernikahannya, tunang Aulia iaitu Wazir, secara tiba-tiba melarikan diri tanpa khabar berita. Demi menyelamatkan maruah keluarga, Izz Haidar yang juga sahabat baik kepada abang iparnya, Amsyar, muncul sebagai penyelamat pada saat-saat akhir untuk mengambil alih tempat pengantin lelaki. “Eh, sempat pula kau cari baju putih ni?” - Amsyar “Aku kan memang dah sedia nak jadi suami orang, Am. Cuma calonnya je yang tak pernah wujud sebelum ni. Sebab tu baju melayu nikah ni memang dah lama sedia tergantung dalam almari rumah aku. Rezeki hari ni, saiznya muat- muat.” - Izz Haidar “Alhamdulillah... Terima kasih banyak-banyak, nak. Uncle tak tahu macam mana nak balas jasa kamu. Terima kasih kerana sudi datang selamatkan maruah keluarga uncle hari ni.” - Tuan Mohsin “Small matter, uncle.” -Izz Haidar Aulia membantah sekeras-kerasnya kerana dia yakin Haidar sudah mempunyai isteri. Dia tidak sanggup memegang gelaran isteri kedua. “No!” -Aulia Medina “Apa yang no nya dik? Kau ingat sekarang kita dalam rancangan cari jodoh ke? Kita tengah terdesak tau sekarang ni!” - Naira Namun, demi menjaga hati serta maruah kedua-dua orang tuanya, dia terpaksa mengunci mulut dan menerima ikatan perkahwinan itu dengan sejuta keraguan di hati. Selepas bergelar suami isteri, Aulia mula menyedari bahawa Haidar jauh berbeza daripada sangkaannya. Di sebalik ketegasan seorang pegawai komando, Haidar sebenarnya seorang suami yang penyayang, penyabar dan memiliki sisi spontan yang sering mencuit hati. “Ku cuba, cuba melempar manggis... manggis ku lempar mangga ku dapat... ku cuba, cuba melamar gadis... gadis ku lamar janda ku dapat...” - Izz Haidar “Awak ni dah kenapa janda, janda ni? Gatal nak menikah dengan janda ka apa?” -Aulia Medina “Awak tak suka lagu tu? Kalau awak tak suka lagu tu saya ada satu lagi lagu. Khas untuk isteri saya seorang je. Dengar eh.” -Izz Haidar “Awak ni dah kenapa Mejar Haidar? Menyanyi malam-malam macam ni, boleh tolong diam tak? Orang nak tengok TV pun tak senang.” -Aulia Medina “Satu, dua, tiga... Dinda, dinda, dindaku sayang... mengapa kau bersedih, memikirkan diriku seorang... merebut brivet raider, di sini abang dinda... dindaku sayang selalu memikirkan dirimu... rindu, rindu abang rindu ya rindu setengah mati... Nantikan abang kembali ke pangkuan dinda ku sayang...” -Izz Haidar Namun, bahagia yang baru disemai mula diuji apabila Haidar terpaksa menyertai sebuah operasi selama sebulan. Ketiadaan suami di sisi mengembalikan prasangka lama Aulia. Dia mula dihasut bisikan syaitan, mengesyaki operasi itu sekadar alasan untuk Haidar pulang kepada isteri pertamanya. “Betul kan, Abang Am? Dia balik rumah bini pertama dia, bukannya pergi operasi macam yang korang semua canang!” -Izz Haidar Tanpa sedar, sangkaan dan kesimpulan yang dibuat sendiri mula meruntuhkan tembok kepercayaan yang membina rumah tangga mereka. Mampukah Aulia melontar jauh segala prasangka demi membuka hati sepenuhnya buat Haidar? Atau adakah salah faham yang bermula dari farmasi itu bakal menjadi titik noktah kepada kebahagiaan yang baru sahaja mereka bina?

Senarai Ebook lain

Mission Pengantin On The SpotPelangi Yang Tidak KucariHadirmu Sembuhkan DeritakuMadu Yang Aku Restui