Layakkah Cinta Ini Bahagia?

“Aku nikahkan kau dengan anak aku, Thalia Raneesa binti Izzuddin, dengan mas kahwin dua ribu ringgit tunai.” - Eidan Izzuddin "Aku terima nikahnya Thalia Raneesa binti Izzuddin dengan mas kahwin dua ribu ringgit tunai.”- Eidan Zafri "Saya janji, saya akan jadi isteri yang mendamaikan hati awak sampai syurga.” - Thalia Raneesa Mereka berkahwin bukan kerana paksaan, tetapi kerana cinta yang ikhlas dari kedua-dua belah pihak. Eidan seorang lelaki yang sangat bertolak ansur. Thalia ingin keluar bersama rakan-rakannya, Eidan izinkan. Thalia mahu bekerja, dia juga beri keizinan. Namun, Eidan sangka Thalia akan nampak dan hargai segala pengorbanan dan kepercayaannya itu... “Hujung minggu waktu untuk I me-time dengan kawan-kawan I. Hanya dua hari tu saja I boleh tenangkan fikiran.” - Thalia Raneesa “Kawan-kawan you saja you fikir. Suami you tak nak fikir pula…” - Eidan Zafri Sejak itu, pergaduhan mula mengisi ruang rumahtangga mereka. Tiada lagi ketenangan seperti dahulu. Kata-kata Eidan sering melukakan hati Thalia, dan sikap Thalia pula kerap membuatkan Eidan terasa dan jauh hati. "You tak tahu nak bahagi masa you dengan suami atau kawan-kawan. I ni baru nak lepas rindu dengan you, tapi kawan-kawan you boleh muncul pula.” - Eidan Zafri Thalia sering gagal menyedari kesilapannya. Hanya setelah ditegur berkali-kali barulah dia akui, namun keesokan harinya dia mengulangi kesalahan yang sama. Eidan banyak bersabar. Walaupun Thalia lebihkan kawan-kawannya daripada dirinya, dia masih cuba bertahan. Tetapi hatinya hancur apabila dia tahu kebenaran yang paling menyakitkan... Thalia telah curang dengannya. “You curang dengan I ke, Thalia?” - Eidan Zafri “Wow, tak cukup dengan tuduh I suka lepak dengan kawan-kawan. Sekarang nak tuduh I curang pula?” - Thalia Raneesa Thalia masih ego, masih enggan mengaku. Eidan terpaksa bertindak keras, barulah Thalia membuka mulut dan mengaku kecurangannya. Namun, semuanya sudah terlambat. Kali ini, Eidan nekad mahu berpisah. Saat Eidan mahu pergi, barulah Thalia benar-benar menyesal. Dia ingin perbetulkan segala kesilapan dan menyelamatkan rumah tangga mereka. “Awak rasa layakkah cinta ini bahagia?” - Eidan Zafri Apakah pengakhiran rumah tangga mereka? Adakah cinta ini layak untuk terus hidup? Atau segalanya sudah hancur dan tak mampu diselamatkan lagi? Dan adakah Eidan mampu menerima semula cinta Thalia walaupun berkali-kali dia disakiti? Semuanya bakal terungkai dalam ebook LAYAKKAH CINTA INI BAHAGIA?

Senarai Ebook lain

Mission Pengantin On The SpotMejar Haidar: Pengantin Bidan TerjunPelangi Yang Tidak KucariHadirmu Sembuhkan Deritaku