Kasih Yang Kembali

Mawar Arisya pernah dikhianati oleh lelaki yang paling dia percaya, suaminya sendiri. Namun dia memilih untuk memaafkan demi anaknya. Dia tahu peritnya luka sebuah pengkhianatan. “Saya minta maaf. Saya akui saya buat kesilapan besar. Saya bersumpah saya tak akan ulangi lagi." – Rafiq “Tolong bagi saya masa untuk menerima awak semula dan lupakan semua ini.” – Mawar Arisya Mawar menyangka luka lamanya sudah tertutup. Namun takdir mengujinya sekali lagi. Rafiq kembali curang ketika dia sedang mengandungkan anak kedua mereka. Kali ini sakit itu lebih dalam, seolah-olah merobek sisa kekuatan yang masih dia simpan. “Hari saya tengah bertarung nyawa untuk lahirkan zuriat untuk awak. Saya berjam-jam dalam bilik bersalin, awak boleh tidur dengan perempuan lain!” – Mawar Arisya “Serabut kepala aku! Aku balik kau tekan aku. Kalau tak balik, kau kata aku lepas tanggungjawab!” – Rafiq Dengan hati yang remuk, Mawar pulang ke rumah ibunya. Dia datang dengan harapan masih ada tempat untuknya berteduh dan sedikit kasih untuk merawat lukanya. Namun, yang dia terima hanyalah kata-kata yang menambah pedih di hatinya. “Kau yang buat masalah! Dah hidup senang, pergi tinggalkan. Tak reti bersyukur!” – Puan Noraini Di saat dia kehilangan tempat bergantung, Allah hadirkan seorang ibu mertua yang menyayanginya seperti anak sendiri. "Mama tak akan biarkan Mawar lalui semua ni seorang diri. Mama dah anggap Mawar macam anak sendiri. Kita balik rumah mama dulu. Mama tengok Mawar pun dah terlalu penat.” – Puan Zarina Mawar menyangka dia boleh hidup tenang, namun deritanya belum berakhir. Rafiq dan wanita itu terus menghantui hidupnya. “Mawar Arisya, saya nak jawapan sekarang. Saya tak ada masa nak layan perangai awak.” – Rafiq “Saya okay kalau bermadu walaupun bakal madu saya tu selekeh…” – Yana “Jangan hina menantu aku! Keluar dari rumah aku sekarang!” – Puan Zarina Keadaan semakin menekan sehingga satu kejadian besar berlaku. Nek Munah akhirnya membuat keputusan membawa Mawar pulang ke kampung. “Kita tak boleh biar dia terus dalam keadaan macam ni. Mak rasa mak nak bawa dia balik ke kampung.” – Nek Munah Namun Rafiq masih tidak berhenti. Dia mendesak Mawar untuk bermadu, dalam masa yang sama enggan melepaskannya. Malah dia mengugut untuk mengambil anak-anak. “Aku nak hak penjagaan anak-anak.” – Rafiq Tekanan yang Mawar tanggung mula menjejaskan kesihatannya. Emosi dan fizikalnya semakin lemah. Susu badannya juga terhenti, dan dia hampir mengalami kemurungan selepas bersalin. “Lepaskan aku! Aku nak cari anak-anak aku!” – Mawar Arisya “Tadi dia memberontak dengan kuat. Doktor terpaksa beri suntikan ubat penenang." Di tengah kekacauan hidupnya, hadir seorang lelaki yang menghulurkan bantuan tanpa syarat. “Tak perlulah. Nanti awak pula susah. Saya tak nak susahkan hidup sesiapa lagi.” – Mawar Arisya “Tapi saya sanggup, asalkan awak dan anak-anak awak boleh bahagia. Awak layak bahagia. Awak layak dapat kasih yang baru.” – Ariq Anaqi Perlahan-lahan Mawar belajar menerima takdir dan cuba melupakan Rafiq. Namun lelaki itu muncul kembali dengan penyesalan. “Saya nak tebus kesalahan saya. Mungkin ini kifarah atas apa yang saya buat dekat awak.” – Rafiq Adakah Mawar akan terus melangkah dengan insan yang menghargainya, iaitu Ariq Anaqi? Atau dia kembali kepada Rafiq demi anak-anak?

Senarai Ebook lain

Mission Pengantin On The SpotMejar Haidar: Pengantin Bidan TerjunPelangi Yang Tidak KucariHadirmu Sembuhkan Deritaku