"Kenapa ya, saudari? Kereta rosak?" -Ryan Akashah- "Saya tak tahu apa lagi kesayangan saya buat hal kali ini." - Sofi Adriana- Satu pertemuan tanpa diduga, namun cukup untuk mengubah perjalanan hidup mereka berdua. Ryan Akashah, lelaki yang mendambakan wanita yang menjaga maruah dan adabnya. Sofi Adriana, gadis yang percaya bahawa kecantikan sebenar lahir dari hati yang terjaga. “Saya akan mandi sebelum Subuh, jaga solat lima waktu, jaga amalan sunat dan amalkan doa naikkan seri wajah.” “Saya percaya kalau rohani saya cantik, automatik luaran saya akan terpelihara. Peribadi saya pun akan terlihat cantik.” Dan kata-kata itu membuatkan Ryan tergamam. Namun, selepas melayari bahtera bahagia sebagai suami isteri, mereka menyedari bahawa lautan perkahwinan tidak selalunya tenang. Ada ketika ombak mengganas, angin bertiup kencang dan kapal mereka hampir terumbang-ambing dihempas gelora. "Eh, perempuan! Kau tak faham ke bila aku suruh kau diam?!" – Ryan Akashah Ryan yang dahulu lembut dan penuh kasih sayang... kini berubah sekelip mata. Mengapa? Bagaimanakah perjalanan rumah tangga Sofi dan Ryan? Apakah Sofi akan terus membiarkan dirinya dilayani dengan buruk atau takdir menghadirkan seseorang yang mampu mengubah segalanya? Segala persoalan bakal terjawab dalam "Jiranku Syurgaku" Kisah cinta, kesetiaan dan ujian yang menentukan ke mana arah bahtera mereka berlabuh.