“Maaf, Ariana. Saya tak boleh teruskan hubungan ini. Semoga awak bertemu lelaki yang lebih baik dari saya.” -Daniel Faris Itulah kata-kata terakhir Daniel Faris sebelum dia menghilangkan diri tanpa sebarang penjelasan. Tiada sebab, tiada alasan hanya kata-kata perpisahan yang meninggalkan luka mendalam. Lebih menyakitkan, Daniel pergi sehari sebelum majlis pertunangan mereka. "Mama, ada sesuatu yang Ariana nak bagitahu, tapi Ariana tak tahu macam mana nak luahkan..."-Ariana Irdina Ariana akhirnya menceritakan segala-galanya kepada keluarganya. Kecewa, sedih, terluka semuanya bercampur-baur. Melihat keadaan Ariana, mereka mengambil keputusan untuk Ariana tinggal bersama neneknya buat sementara waktu ini. Niat Ariana cuma satu lari dari segala pandangan manusia. Namun, takdir menemukan dia dengan seseorang. "Siapa yang nak perempuan macam saya? Baju ikut badan, tak bertudung pula tu..." -Ariana Irdina "Saya." -Arfan Ikmal Jawapan lelaki itu membuatkan Ariana terpaku. Arfan Ikmal, seorang lelaki yang tak pernah dia kenali sebelum ini, tiba-tiba hadir dan menyatakan keinginannya untuk memiliki Ariana. Pada awalnya, Ariana menolak... "Tak apa, Ariana. Saya faham. Mana mungkin selipar Jepun dengan heels boleh seiring, kan?"-Arfan Ikmal Kata-kata Arfan seolah-olah memberi tamparan halus dalam dirinya. Dia mula mempersoalkan, layakkah dia untuk bahagia lagi? Namun, dalam diam… hatinya mula bergetar setiap kali melihat Arfan. "Hujung minggu ni, papa dan mama saya datang. Kalau awak betul-betul serius, cakap dengan papa saya. Kalau dia setuju dan restu... saya akan terima awak." -Ariana Irdina Ariana memberi cabaran, dan Arfan menyahutnya tanpa ragu. Perlahan-lahan, luka Ariana terubat. Dia menerima Arfan dan mereka pun bersatu dalam ikatan suci. Bahagia? Ya, dia mula merasainya. Tetapi baru sahaja mereka ingin mengukir kenangan indah bersama, Daniel kembali semula. "Awak buat apa dekat sini?" -Daniel Faris "Honeymoon." -Ariana Irdina Kehadiran Daniel sedikit mengganggu, tetapi Ariana dan Arfan tidak goyah walau sedikit pun. "Jangan sesekali hina isteri saya!" -Arfan Ikmal Arfan akhirnya bersuara, berdiri teguh mempertahankan Ariana. Dia bukan lagi wanita yang lemah seperti dulu. Dia kini seorang isteri yang dilindungi dan dicintai. Dalam kekalutan itu, Ariana disahkan mengandung. Namun, kerenahnya sewaktu mengandung sangat luar biasa, cepat merajuk, cepat sentap, dan penuh dengan permintaan yang sukar diduga. Bagaimana Arfan berhadapan dengan situasi ini? Adakah dia akan menurut segala permintaan isterinya? Dan apa kesudahan hubungan Ariana dan Daniel? Kenapa Daniel pergi tanpa sebarang alasan? Apakah rahsia yang selama ini tersembunyi? Dan yang paling penting... adakah bahagia benar-benar berpihak kepada Ariana dan Arfan?