Haris Jazman dan Afrina Najla telah mendirikan rumah tangga selama lima tahun. Sepanjang perkahwinan mereka Afrina bukanlah seorang isteri yang begitu melayani Haris dengan penuh kasih sayang, tetapi masih terselit kemanjaan yang membuat Haris terus bertahan mempertahankan rumah tangga mereka. Namun kehadiran Daniel, seorang peguam baharu di firma tempat Afrina bekerja memusnahkan segala harapan itu. Afrina bukan sahaja mengabaikan suaminya, malah sanggup mengkhianati ikatan suci perkahwinan mereka. “You… you cakap you outstation…” - Afrina Najla “Kalau aku outstation, kau boleh bawa balik lelaki lain masuk rumah aku?! Dalam bilik aku?! Eh selalunya perempuan bila dah dapat lelaki yang setia, yang sayangkan dia sepenuh hati patutnya pandai jaga tingkah tu. Ni kau pulak yang buat onar? Kau tak cukup dengan satu jantan ke?”- Haris Jazman Namun Haris masih mahu berharap pada mahligai perkahwinan yang dibina. “Aku ingatkan Afrina tu mahal. Rupanya dia memang tak ada harga diri langsung.”- Farid Mustaqim “Aku masih harap dia berubah dan aku paling harap apa yang aku sedang lalui ni hanya mimpi je.” - Haris Jazman “Masih nak bagi peluang?” - Farid Mustaqim Semakin hari Farid melihat penderitaan sahabatnya, dia mencadangkan agar Haris mengupah seorang perempuan untuk berpura-pura menjadi kekasihnya. “Aku tak tahu nak buat apa, Farid.” - Haris Jazman “Balas balik apa yang dia buat dekat kau.” - Farid Mustaqim “Maksud kau cari perempuan lain? Curang? No!” - Haris Jazman “Why not? Walaupun aku lelaki, aku pantang tau kalau kaum aku mainkan hati wanita. Tapi kalau kes kau dengan Afrina ni sorry, pendirian aku dah lari. Kau cari lah orang yang boleh bahagiakan kau, Haris.” - Farid Mustaqim Akhirnya setelah dipujuk Haris menerima tawaran sahabatnya. Pilihan mereka jatuh kepada Alya, seorang penjual bakso yang bergelut untuk melangsaikan hutang judi arwah ayahnya dengan ahlong. “Awak nak saya tipu isteri awak?” -Alya Maisarah “Bukan tipu selamanya.” -Haris Jazman “Maksud?” -Alya Maisarah “Bila semuanya selesai, kita tamatkan lakonan.” -Haris Jazman Apa yang bermula sebagai sebuah lakonan perlahan-lahan mengubah hati dua insan yang sama-sama terluka. Seorang terluka kerana tidak pernah mendapat kasih sayang seorang bapa yang kaki judi, seorang lagi pula luka dikhianati isteri. “Kalau awak tak mesej saya sehari, saya mula tertanya-tanya awak okey ke tak. Kalau awak cakap awak penat, saya risau. Kalau awak sedih, saya rasa tak tenang dan kalau awak senyum, saya rasa hari saya jadi paling bertuah.” - Haris Jazman Di saat Haris menemui ketenangan dalam kelembutan Alya, mampukah dia terus mempertahankan rumah tangga yang hanya tinggal pada nama? Atau adakah takdir telah menyediakan pengganti yang lebih menghargai cintanya?