Duda Tawan Hati Si Dara

Zahra Imani dibesarkan oleh atok dan neneknya. Bukan kerana dia anak yatim. Dia masih ada kedua ibu bapa. Zahra juga perlu banyak mengalah dengan adiknya, Huda. Bukan sekadar soal barangan, malah kasih sayang ibu bapa pun sering berpihak kepada Huda. Dan kini, Huda sekali lagi merampas kebahagiaannya. “Ibu, dari dulu Zahra dah mengalah. Takkan sampai boyfriend Zahra pun dia nak ambil? Tak cukup ke dia dah rampas kasih ibu dan abah dari Zahra?” -Zahra Imani “Dah jodoh mereka. Kau kena terima kenyataan. Ramai lagi lelaki lain, pergi cari yang lain. Nak berebut juga Rizal tu buat apa?” Zahra bukan sahaja kehilangan kekasih hati, malah kehilangan pekerjaan juga. Dia memilih untuk berhenti kerja kerana bekas kekasihnya bekerja di situ juga. Dalam keadaan begitu, masalah mula muncul. Zahra terlanggar kereta seseorang. “Kenapa encik ambil gambar kereta saya? Nak viralkan ke? Benda kecil saja pun.” -Zahra Imani “Nanti lampu hijau, pergi tunggu saya di depan sana. Ingat, jangan nak cuba lari. Kalau lari, saya viral kereta awak.” -Noah Malik Rupanya, kereta yang dia langgar itu milik bos barunya. Noah Malik. Pemilik sebuah kafe western. Pertemuan kali kedua pun, Zahra melanggar Noah lagi. Tapi bukan kereta... "Kemarin langgar kereta saya, hari ini langgar bahu saya pula. Esok nak langgar apa? Kafe saya pula?” Namun hari demi hari, Noah mula jatuh suka pada Zahra. Dia sangka kehidupan Zahra baik-baik sahaja. Rupanya tidak. “Zahra Imani, saya nekad nak rawat hati awak. Saya nak sembuhkan luka tu.” “Sa... Saya takut untuk buka ha... hati lagi.” – Zahra Imani. “Zahra Imani. Saya akan tawan hati awak dengan sepenuh hati.” – Noah Malik. “Coklat coin ni kecil je. Tapi manis dia boleh buat orang senyum. Macam awak juga. Kecil, tapi cukup buat hati saya cair.” – Noah Malik. “Awak nampak tak saya tengah tekan-tekan biskut ni bagi padat?” – Zahra Imani. “Nampak. Kenapa?” – Noah Malik. “Saya tengah bayangkan, saya tekan otak awak yang gatal tu. Nak sangat saya lempuk otak awak tu dengan loyang ni.” – Zahra Imani. Walaupun berkali-kali ditolak oleh Zahra, Noah tidak pernah mengalah. Dia tetap ada dengan Zahra. Dalam apa juga keadaan. Saat sedih dan juga saat gembira. “Zahra Imani tu anak kandung kamu berdua. Tapi kamu langsung tak hiraukan dia. Dari dia kecil.” – Haji Ismail. “Sebab dia anak yang bawa malang. ” “Sejak kau lahir, bisnes aku bankrap. Dari rumah dua tingkat yang gah, aku terpaksa sewa rumah flat sempit. Kereta aku dengan ibu kau, sebelum kau lahir ada lebih dari tiga biji." “Saya tak akan pernah fikir macam tu. Zahra Imani. Saya sanggup hilang semua. Asalkan jangan hilang awak dan keluarga. Harta boleh dicari semula. Tapi awak... Awak satu-satunya perempuan yang buat saya rasa lengkap.” – Noah Malik. “Orang tua saya pun buang saya, Noah. Apa jaminan keluarga awak tak akan buat begitu satu hari nanti?” – Zahra Imani. Adakah Noah akan mengalah dalam misinya menawan hati Zahra? Adakah mereka berdua akan berakhir begitu sahaja? Ataupun Noah tetap memilih untuk tawan hati Zarah.

Senarai Ebook lain

Mission Pengantin On The SpotMejar Haidar: Pengantin Bidan TerjunPelangi Yang Tidak KucariHadirmu Sembuhkan Deritaku