Husna Nadira, wanita berusia 27 tahun, lelah dengan hubungan tanpa ikatan. Dia tidak lagi mencari cinta sementara, sebaliknya seorang lelaki yang mampu menggenggam tangannya hingga ke syurga. "Ya Allah… kalau betul ada seseorang yang Kau cipta untuk aku, permudahkan lah." Pertemuannya dengan Fateh Akhyar di aplikasi Omi membuatkan Husna percaya dialah jodoh yang dititipkan Tuhan. “Saya… saya serius dengan awak. Kalau boleh, saya taknak bercinta lama-lama.” - Fateh Akhyar “Awak serius ke?” - Husna Nadira "Saya nak awak jadi isteri saya. Isteri saya yang sah." - Fateh Akhyar Namun, perkahwinan yang diimpikan indah rupanya hanya bertahan di awal cerita. Sejak hari pertama Puan Jasmin, ibu mertuanya, tidak pernah menerima kehadiran Husna. Kata-kata sinis, pandangan hina dan perbandingan dengan bekas tunang Fateh menjadi racun dalam rumah tangga mereka. “Semua benda aku nak kena buat! Yang abang kau pun satu, sibuk nak pergi jemput perempuan tu dah kenapa. Tak ada moto kereta ka dia nak datang sendiri. Nak juga menyusahkan anak bujang aku!” - Puan Jasmin Sya tetap anak ibu. Sya tak payah risau perempuan tu ganti tempat Sya. Kalau nak dibandingkan dengan kasut high heels Sya yang paling murah pun dia tak layak. Tak setaraf langsung! - Puan Jasmin “Kalau rumah kami kotor, buat apa Puan Jasmin datang sini?” - Mak Yam, ibu kepada Husna. “Saja singgah nak tengok apa yang berubah dekat rumah ni. Tapi… macam tak ada yang berubah pun. Makin buruk, makin busuk… makin loya tekak ada lah.” - Puan Jasmin Janji setia Fateh pula mula retak apabila Syakirah hadir mencucuk tangkal hatinya. “Assalamualaikum, Fateh. I harap you sihat. Tiba-tiba rasa risau pula. I dengar you tak okey. You buntu antara hubungan ibu dan isteri you kan? Kalau you perlukan seseorang untuk share masalah, I ada.” - Syakirah Hari demi hari, sikap Fateh menghakis rasa cinta Husna, hingga hatinya menjadi tawar dan jiwanya semakin luka. “Tak… sekarang ni kau nak cakap aku tak hormat mak bapak kau ke?!” - Fateh Akhyar “Abang… slow sikit. Nanti mak ayah dengar.” - Husna Nadira Lebih perit, bukan sekadar emosi, fizikal Husna juga menjadi taruhan apabila Puan Jasmin dan Fateh sendiri menjadi ujian paling berat dalam hidupnya. “Husna, hidangkan makanan atas meja. Ibu nak makan ni. Dulu masa ibu berpantang elok je ibu kemas rumah, mop lantai, basuh kain. Siap masak untuk bekas suami lagi. Tak lembik macam ni pun.” - Puan Jasmin “Buatlah cepat, Una. Ibu dah lapar tu.” - Fateh Akhyar “I..ibu.., Una sakit sikit. Tempat caesar Una…” - Husna Nadira “Alahai… caesar je pun. Bukan kau sorang je bersalin caesar dalam dunia ni. Dulu ibu pun bersalin caesar, dua kali pula tu, boleh je ibu mop lantai. Tak adalah drama macam ni.” - Puan Jasmin Apakah Husna akan terus bertahan demi sebuah mahligai yang rapuh, atau dia memilih untuk pergi demi menyelamatkan diri sebelum luka itu membunuh jiwanya? Di hujung luka, adakah masih wujud ruang untuk bahagia… atau hanya perpisahan adalah penawar baginya?