Derita Ainul

Ainul bukan wanita yang lemah. Dia cuma terlalu percaya. Perkahwinannya dengan Maleeq pada awalnya terlihat sempurna di mata orang sekeliling rupanya tidak seindah yang Ainul bayang mahupun dambakan. “Nak menggoda orang bulan-bulan puasa macam ni? Tak tahu malu kau kan? Maruah kau memang dah tak ada ka?” -Izz Maleeq Maleeq yang merupakan seorang pereka seni bina memilih untuk bekerja sendiri kerana dia tidak boleh patuh atau boleh diarah. Maleeq juga sangat disanjung keluarganya berbanding Ainul yang selalu menjadi mangsa mereka. “Hah! Dah sampai dah anak jantan ayah ni.” -Pak Mansor “Mestilah adik balik, adik kan anak kesayangan mak dengan ayah.” -Izz Maleeq Di sebalik rumah tangga yang terlihat bahagia, Ainul menelan luka sendirian. “Dasar menantu tak ada maruah! Suami kau penat bawa kereta dari KL, kau sedap menggatal dengan jantan lain!” -Mak Tijah “Wah, dah pandai melawan! Mesti dapat kekuatan dari ‘lelaki tersayang’ dia tu kan?” -Mak Tijah “Dia datang sini nak bagi agar-agar lumut ni saja. Dia lalu depan rumah, dia bagi. Tak lebih dari itu.” -Ainul “Kau hamak sangat kan agar-agar ni? Kau makan! Makan sekarang perempuan murah! Tak ada maruah!” -Izz Maleeq Sikap ego dan keutamaan Maleeq terhadap maruah serta pandangan keluarga membuatkan Ainul semakin terpinggir. Di saat Ainul hampir hilang dirinya sendiri, hadir seorang lelaki dan juga keluarganya yang sentiasa menjadi pelindung Ainul dan anaknya, Aidan. Irman bukan datang dengan janji manis. Dia hadir dengan perhatian terhadap Ainul, hormati wanita itu serta datang dengan kesabaran yang tidak pernah dipaksa. “Awak baru lepas gugur, kan? Kenapa awak buat semua ni? Awak masih dalam tempoh jaga diri. Maleeq mana? Kenapa dia tak bantu?” - Irman Dia melihat Ainul bukan sebagai wanita yang gagal melainkan wanita yang sedang berusaha untuk bangkit. Namun hubungan Ainul dan Maleeq sudah tidak mampu Ainul pertahankan, Maleeq mula sedar apa yang telah disia-siakan. Ego yang dulu tinggi kini menjadi penyesalan yang membakar. Di antara lelaki yang pernah melukakan merangkap bapa kandung kepada anaknya dan lelaki yang sentiasa ada hargai dirinya, siapakah yang akan Ainul pilih? Ini bukan sekadar cinta tiga segi, ini kisah tentang wanita yang telah temui titik terendah dalam hidupnya. Tentang seorang lelaki yang lambat menghargai dan tentang lelaki yang sabar menunggu selama tujuh tahun tanpa memaksa. Kerana ada luka yang tak mampu sembuh jika kita kembali ke tempat yang sama dan ada cinta yang hadir bukan untuk memiliki tetapi untuk menyembuhkan.

Senarai Ebook lain

Mission Pengantin On The SpotMejar Haidar: Pengantin Bidan TerjunPelangi Yang Tidak KucariHadirmu Sembuhkan Deritaku