Check-Up Perasaan

Ariana Jasmine yang merupakan seorang janda tidak pernah menyangka bahawa sebuah janji temu di klinik boleh membuat jantungnya berdegup luar biasa. Bukan sebab sakit tapi kerana doktor yang merawatnya. "Kita ambil langkah satu-satu, ya? Tak perlu tergesa. Saya akan bimbing perlahan-lahan sehingga awak temui diri awak yang dulu atau dalam versi baharu yang awak mahukan." - Doktor Daniel - Doktor Daniel, seorang duda yang kematian isterinya yang tercinta sentiasa kelihatan tenang. Sentiasa tersenyum, buatkan hati Ariana sentiasa berbunga. Senyuman yang terlalu mendamaikan,terlalu sabar dan terlalu ambil berat. "Tapi saya nampak kekuatan tu dalam setiap nafas awak. Dan saya akan bantu awak ingat semula siapa diri awak tanpa trauma, tanpa bayang masa lalu yang menyakitkan." - Doktor Daniel - Bagi Ariana, perkahwinan dulu cukup meninggalkan luka. Cukuplah sekali meninggalkan trauma. Dan setiap kali senyuman Doktor Daniel terlintas di fikiran, jantungnya seolah terkejut lagi. "Tak mungkin ini cinta...tak mungkin." - Ariana Jasmine - Dia tidak perlukan erti sebuah cinta lagi. Tapi sejak menjadi pesakit tetap Doktor Daniel, hatinya seakan lupa bahawa dia pernah kecewa. Klinik jadi tempat ‘check up’ bukan saja untuk kesihatan, tapi juga untuk perasaan yang makin tak tentu arah. Bila Doktor Daniel mula menunjukkan tanda, Ariana jadi makin keliru. Adakah ini sekadar layanan seorang doktor kepada pesakit… Atau sebenarnya, dia sedang merawat luka hati Ariana yang sudah lama Ariana impikan,yang hidup bebas tanpa kenangan dan trauma masa lalu?

Senarai Ebook lain

Mission Pengantin On The SpotMejar Haidar: Pengantin Bidan TerjunPelangi Yang Tidak KucariHadirmu Sembuhkan Deritaku