Hana, seorang wanita tabah, memilih untuk bertahan dalam perkahwinan yang dibina atas dasar membalas budi keluarga. "Lagipun... saya masih rasa terhutang budi dengan keluarga mereka, abang." -Hajah Faridah- "Mereka nak ambil Hana jadikan peminta sedekah. Dan bila Hana dah besar, dah capai usia gadis... mereka akan jual Hana. Jadikan pelacur supaya mereka boleh kaut duit..." -Haji Kamaruddin- "Hana setuju... Hana setuju jadi menantu Datin." -Hana Analin- Dari hari pertama pernikahan, layanan suaminya, Luthfi tidak pernah memberi ruang untuk bahagia. "Eh, stop! Tempat kau situ, bukan sini. Aku jijik nak tidur dengan ayam kampung. Tahu kan ayam kampung? Berbau!" -Nik Luthfi- Dia bukan isteri, tetapi umpama pembantu yang dihina dan diabaikan. Namun derita itu memuncak apabila Izara, teman wanita Luthfi mula campur tangan dalam hidup mereka. Mengarah Hana sesuka hati, menghina tanpa rasa bersalah seolah-olah Hana tidak punya hak sebagai isteri yang sah. "Well... bibik tak berbayar. Servis percuma, memang nampak macam babu bodoh!" -Izara Imelda- Paling pedih apabila kehamilan Hana yang tidak dihargai langsung oleh Luthfi. "Saya tak sangka... bukan saya saja awak benci. Tapi anak kita pun awak sanggup buang macam sampah?" -Hana Analin- "Aku cakap gugurkan tu, kau gugurkan jelah! Apa susah sangat?!" -Nik Luthfi- Di saat tidur Hana bermimpi.... "Ada aku... akan menunggu. Derita bukan milik kau, Hana. Tidak berhak kau merasa derita." Hana menelan liur. Suara itu... ada sesuatu yang menenangkan, walaupun dia langsung tak kenal siapa gerangannya. Apakah kesudahan hidup seorang Hana Analin? Adakah mimpi Hana adalah petunjuk baginya? Mampukah dia temui bahagia selepas segala luka? Mari selami kisah ini hingga ke helaian terakhir.