Anggun Zulaikha: Luka Tanpa Suara

Enam tahun perkahwinan Anggun Zulaikha dan Khairil dilalui dengan penuh kesabaran. Walaupun dimusuhi ibu mentua sendiri, Anggun tetap tabah mempertahankan rumah tangganya. Namun segalanya berubah apabila Puan Khaleeda, ibu mentua Anggun, mula mencatur masa depan anak lelakinya. Demi seorang cucu, dia mencari calon isteri kedua untuk Khairil, tanpa pengetahuan Anggun. "Khairil, kamu dah enam tahun berkahwin tapi masih belum ada zuriat. Takkan kamu tak teringin ada anak?" – Puan Khaleeda "Mak, apa ni? Saya dan Anggun sihat. Kami dah buat pemeriksaan. Belum rezeki kami lagi..." – Khairil Puan Khaleeda tak putus asa, dia terus memujuk Khairil untuk terima pilihan hatinya. Khairil akhirnya akur, tapi dengan satu syarat, biarlah Anggun tak tahu. Saat itu juga, Anggun menerima berita yang mengubah dunianya, dia hamil! Penantian enam tahun akhirnya dimakbulkan Tuhan. Dia bersyukur sangat tapi sambutan Khairil sungguh mengecewakan. "Anggun mengandung." – Anggun Zulaikha "Kenapa baru sekarang?" – Khairil Dan segalanya makin memburuk. Khairil mula menjauh. Anggun dikhianati, saat dia paling memerlukan kasih sayang seorang suami. "Ini borang permohonan poligami. Saya nak Anggun tandatangan." –Khairil "Anggun penat, ummi... Penat sangat..." – Anggun "Kuatkan semangat, Anggun. Ummi dan abah sentiasa ada dengan Anggun." – Puan Latifah "Awak ada saya, Anggun. Saya takkan tinggalkan awak dan Hayyan." –H.F Apakah pengakhiran rumah tangga Anggun dan Khairil? Apakah Anggun bakal dimadukan? Atau... dia temui bahagia yang tak disangka?

Senarai Ebook lain

Mission Pengantin On The SpotMejar Haidar: Pengantin Bidan TerjunPelangi Yang Tidak KucariHadirmu Sembuhkan Deritaku