Anak Musuh Ayahku

Ziyad dan Zahirah membesar dalam kisah dendam selama sepuluh tahun. Kedua-dua bapa mereka hidup dalam dendam sehingga mereka membesar dengan membenci nama yang mereka tidak kenali. “Kurang ajar Dato’ Yusuf! Cek ni palsu. Abang rasa kita dah dimainkan oleh orang kaya tak guna tu.” - Tuan Wahab “Nanti Irah nak belajar pandai -pandai, Irah nak balas balik semua yang diorang buat dekat ayah.” - Zahirah Qaisara “Sanggup Tuan Wahab buat cerita macam ni? Tanah tu dia yang ubah fikiran tak jadi nak jual, sekarang nama aku pula yang busuk?” - Dato’ Yusuf “Papa tak patut percaya orang kampung macam tu dari awal lagi.” - Ziyad Qusyairi Namun takdir menemukan mereka semula apabila tanah yang menjadi punca permusuhan itu mahu dijadikan tempat ibadah bagi Umat Islam dan mereka ditugaskan untuk uruskan projek tersebut. “Kenapa mesti aku yang kena handle projek ni…? Tak suka betul projek main emosi macam ni.” - Zahirah Qaisara “Awak lah yang bakal bekerjasama dengan saya?” - Zahirah Qaisara “Encik Ziyad.” Lelaki itu membetulkan dengan tenang. “Saya yang akan uruskan semua bahan binaan sepanjang projek ni berjalan. Any problem, Cik Zahirah?” - Ziyad Qusyairi Pada mulanya, pertemuan mereka dipenuhi dengan kata-kata sinis dan sikap sombong. Tetapi di sebalik permusuhan keluarga, Ziyad mula melihat sisi lembut dan tabah yang ada pada Zahirah walaupun Zahirah terkenal dengan sikap garang. Begitu juga dengan Zahirah yang mula melihat sisi baik dan sifat tanggungjawab Ziyad. “Korang tengok je Cik Zahirah garang macam ni tapi hatinya lembut.” - Ziyad Qusyairi “Awak tak penat?” - Zahirah Qaisara “Penat? Tipu la kalau saya cakap tak penat. Saya bukan ultraman yang warna merah.” - Ziyad Qusyairi “Orang cakap serius dia main-main pula. Habis tu kalau penat kenapa tak duduk diam-diam?”- Zahirah Qaisara “Kalau saya tak tolong pakcik tu nak kena angkat sendiri.” -Ziyad Qusyairi Namun rahsia lama yang menjadi punca permusuhan mula dikorek semula, Zahirah dan Ziyad sama-sama mencari jawapan pada setiap keraguan yang terpapar pada geran yang dijumpai Zahirah. Dan jawapan yang mereka terima buatkan masing-masing tidak berani mahu meneruskan hubungan. “Irah takut kena pilih antara Ziyad... atau ayah.” - Zahirah Qaisara Mampukah cinta Ziyad dan Zahirah menyatukan dua keluarga yang telah lama bermusuh? Atau mereka terpaksa korbankan perasaan sendiri demi menghormati hati dan perasaan bapa masing-masing.

Senarai Ebook lain

Mission Pengantin On The SpotMejar Haidar: Pengantin Bidan TerjunPelangi Yang Tidak KucariHadirmu Sembuhkan Deritaku